Tuntutan Tunjuk perasaan Indonesia 2022

Badan Eksekutif Mahasiswa Seluruh Indonesia (BEM SI) mendedahkan empat tuntutan bantahan pada 11 Mac, bersama dengan enam tuntutan bantahan 28 Mac sebelum ini dan 12 tuntutan pada 21 Oktober 2021, antaranya:[14]

  1. Menyeru dan meminta wakil rakyat untuk mendengar aspirasi rakyat, dan bukannya aspirasi parti-parti politik.
  2. Menyeru dan meminta wakil rakyat untuk mendengar aspirasi rakyat ketika tunjuk perasaan besar-besaran dilakukan di merata tempat pada 28 Mac 2022 hingga 11 April 2022.
  3. Menyeru dan meminta wakil rakyat untuk tidak mengkhianati perlembagaan negara dengan memindanya, menerima penundaan pilihan raya 2024 dan pelanjutan jawatan Presiden.
  4. Menyeru dan meminta wakil rakyat untuk menghantar semakan 18 permintaan terdahulu para mahasiswa kepada Presiden yang masih belum direspon hingga kini.

Terdapat beberapa kontroversi mengenai tuntutan asal protes 11 April. Protes pada asalnya menuntut peletakan jawatan presiden penyandang Joko Widodo. Adian Napitupulu, ahli politik Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan, menyatakan bahawa poster yang memaparkan tuntutan tersebut adalah palsu.[15] Ismail Fahmi, pengasas Drone Emprit dan Media Kernels Indonesia, mendakwa tagar-tagar tuntutan peletakan jawatan Jokowi seperti #TurunkanJokowi dan #GoodbyeJokowi telah direka oleh kumpulan tertentu untuk mendapat manfaat daripada protes tersebut.[16]

BEM SI, penganjur protes itu juga menyatakan bahawa mereka tidak menuntut Jokowi untuk meletak jawatan.[17]

Rujukan

WikiPedia: Tunjuk perasaan Indonesia 2022 https://metro.tempo.co/read/1580527/dinas-pendidik... https://nasional.tempo.co/read/1580624/disebut-pec... https://kalbar.antaranews.com/berita/510245/ribuan... https://apahabar.com/2022/04/siap-siap-demo-11-apr... https://www.cnbcindonesia.com/news/20220411120033-... https://www.cnnindonesia.com/nasional/202204101456... https://www.cnnindonesia.com/nasional/202204110617... https://www.cnnindonesia.com/nasional/202204110634... https://news.detik.com/berita/d-6025594/bem-si-teg... https://news.detik.com/berita/d-6026190/jokowi-teg...